:
KURIKULUM


Pengenalan

Kurikulum Sekolah adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara dengan mengambil kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Di samping, penekanan dalam pembentukan sahsiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi melahirkan insan yang mempunyai jati diri Islam yang tinggi.

Unsur-Unsur Kurikulum

  • Penguasaan Al-Quran dan Hafazan
  • Penguasaan subjek UPSR dan UPKK
  • Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar
  • Penguasaan beberapa bahasa
  • Sahsiah, akhlak dan kepimpinan
  • Pembinaan jasmani dan berketrampilan

Kurikulum

  • Akademik : Menggunakan kurikulum bersepadu dengan permurnian semula kurikulum di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Agama : Menggunakan kurikulum sekolah sendiri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) . 
  • Tahfiz : Mewajibkan setiap pelajar mengikuti kelas Tahfiz Al-Qur'an dan menghafal surah dan juzu' tertentu dalam tempoh yang ditetapkan sebagai asas pengukuhan dan amalan istiqamah bagi membolehkan pelajar menyambung pengajian dimana-mana maahad tahfiz.