:
Sejarah


 

Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Munir merupakan sekolah dwi aliran yang berteraskan pelajaran agama dan akademik. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 4 Jun 1988 dengan 13 orang murid perintis dan lima orang guru. Kelas ini ditempatkan berhampiran rumah pengasasnya iaitu Hj. Sanusi bin Hj. Suratman.

 

Pada pertengahan tahun 1990 sebuah bangunan (Blok A) yang terdiri daripada dua buah kelas dan tandas telah didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM 25,000. Satu blok tambahan (Blok b) mengandungi tiga bilik darjah dengan perbelanjaan RM 15,000 telah disiapkan pada akhir tahun 1991. Bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah sebuah bangunan papan sementara (Blok C) telah dibina pada akhir  tahun 1994 dengan perbelanjaan sebanyak RM 6,000.

 

Pada awal tahun 1996, satu projek pembinaan bangunan tambahan telah dilancarkan dan dibina di bahagian belakang Blok C. Bangunan yang dibina ini terdiri daripada satu blok dua tingkat memuatkan enam buah kelas dengan perbelanjaan sebanyak RM 220,000.

 

Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti meja, kerusi, tandas, elektrik, air, bilik guru, pejabat, musolla, dan dewan makan. rumah guru berjumlah tiga buah juga disediakan untuk kemudahan guru yang tinggal jauh. Bagi urusan pengangkutan, Al-Munir menyediakan dua buah bas dan tiga buah van.

 

Kini, bermula tahun 2019 di sekolah ini terdapat 24 buah kelas, 44 orang guru, dua orang pembantu tadbir, tujuh orang staf sokongan, empat orang pembantu kantin dan seorang lagi pemandu pengangkutan sekolah. Disamping itu, untuk rekod terkini SRAR Al Munir mempunyai 735 orang murid dan 511 anggota PIBG.