:
Pengenalan


SRAR Al Munir yang mempunyai visi "Menjadi Institusi Untuk Membentuk Generasi Rabbani"  merupakan sekolah dwi-aliran yang berteraskan mata pelajaran agama dan akademik. Sekolah ini ditubuhkan pada 4 Jun 1988 dengan 13 orang murid perintis dan lima orang murabbi. Bangunan awal ditempatkan berhampiran rumah pengasasnya iaitu Tuan Hj. Sanusi bin Hj. Suratman.

 

SRAR Al Munir juga pernah dianugerahkan Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Terbaik Peringkat Negeri oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2002 dan Sekolah Terbaik Daerah dalam pencapaian UPKK pada tahun 2011.